KES PENIPUAN “PHONE SCAM” DI DAERAH KUCHING

KES PENIPUAN “PHONE SCAM” DI DAERAH KUCHING

KES PENIPUAN “PHONE SCAM” DI DAERAH KUCHING

Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, ada nerimak sigek kes penipuan “phone scam” secara atas talian pada 16 November 2025, di mana mangsa nya seorang perempuan warga tempatan berumur 72 tahun.

Pada 31.07.2025, masa mangsa ada di rumah, mangsa dihubungi oleh seorang individu yang sik dikenali yang memperkenalkan diri dari pihak MCMC.

Orang ya madah nombor telefon mangsa terlibat dalam satu kes jenayah.

Seterusnya, suspek nyambungkan panggilan ke satu lagi individu lain yang memperkenalkan dirik sebagai Sarjan II dari IPK Terengganu.

Suspek mintak mangsa nyerahkan maklumat-maklumat perbankan dengan alasan untuk tujuan siasatan ke dalam tujuh (7) akaun bank berlainan dengan empat belas (14) kali transaksi, dengan jumlah keseluruhan RM1,300,200.00.

Mangsa mula sedar dirik nya ditipu lepas dihubungi oleh suami nya. Akibat kejadian tok, mangsa mengalami kerugian berjumlah RM1,300,200.00.

Untuk rekod, jumlah kes yang udah disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching bermula dari 01 Januari sampai 16 November 2025 yang melibatkan modus operandi yang sama adalah sebanyak (92) kes.

Kertas siasatan udah dibukak melibatkan kerugian sebanyak RM5,965,575.50 termasuk kes yang dilaporkan tok.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, iaitu menipu dan secara sik jujur mendorong supaya harta diserahkan, yang boleh membawa hukuman penjara sik kurang dari satu tahun dan sik lebih dari sepuluh tahun, dan dengan sebat, serta boleh jua dikenakan denda mun sabit kesalahan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *