Premier Sarawak Terima Anugerah

Premier Sarawak Terima Anugerah

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg udah nerima anugerah “Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star” daripada Maharaja Jepun, Naruhito di Istana Maharaja Tokyo, 11 November kelmarin.

Anugerah ya diberi sebagai tanda pengiktirafan atas usaha Premier dalam ngukuh hubungan antara Sarawak ngan Jepun, terutamanya dalam hal ekonomi hijau, tenaga boleh diperbaharui, serta pendidikan.

Dalam sidang media lepas upacara ya, Abang Jo madah anugerah tok bukan setakat untuk diri dirik, tapi sebagai penghargaan untuk semua rakyat Sarawak.

“Saya anggap anugerah tok sebagai satu penghormatan untuk seluruh rakyat Sarawak. Kita akan terus bekerjasama dengan Jepun demi manfaat bersama,” madahnya.

📸 Kredit gambar: Aziz Soleh (TVS)

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *