Polis IPD Kuching udah nangkap enam orang tempatan (empat lelaki, dua perempuan) dalam operasi dari jam 3.00 pagi sampei 8.30 pagi, 14 November 2025. Tangkapan ya dibuat di empat tempat berbeza.
Mangsa, lelaki 23 tahun, diserang dalam sebuah hotel oleh duak org lelaki yang madah diri nya laki ngan sepupu kepada perempuan yang mangsa kenal dalam MiChat.
Mangsa dipaluk nguna kerusi, diugut guna pisok, lalu dipaksa merik RM500. Kunci kereta, IC, kad debit, ngan telefon mangsa pun hilang juak.
Cara kumpulan ya beroperasi ialah dengan taktik “honey trap” ompuan dijadikan umpan, lepas ya sidak laki datang ngugut, pukul, lalu minta duit.
Enam orang ya udah direman tujuh hari sampei 21/11/2025, disiasat bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Polis Daerah Kuching nasihat orang ramei supaya hati-hati bila makei aplikasi berkenalan, dgn terus lapor mun ada benda yang pelik dan mencurigakan.
