Pada 13 Januari 2017, Sarawak milih Ketua Menteri ke-6 selepas Allahyarham Tok Nan ninggal dunia. Orang yang dipilih ya sik lain, Abg Jo. Nama penuh panjang juak, tapi kita orang Sarawak nyaman panggil Abg Jo jak.
Abg Jo tok orangnya tenang, cool, nadai gaya marah, walaupun muka macam serius sikit. Tapi ya lah style nya. Yang penting, nya anak Melayu Sarawak kedua yang pernah jadi KM, lepas Tok nan.
Asal Usul
Abg Jo lahir di Limbang tahun 1950, tapi membesar di Kampung Bandarsyah, Kuching. Sungai Bintangor tok lah playgroundnya masa kecik tempat mandik, bermain, berebut kawan, semua ada.
Nya juak dari keluarga hebat, cicit Datu Patinggi Ali, pahlawan Sarawak zaman Brooke. Jadi memang ada darah kepimpinan mengalir dari dolok-dolok gik.
Bini nya, Datin Amar Juma’ani, juak dari keluarga besar Melayu Sarawak.
Anak sidak ada dua orang: Abang Abdillah Izzarim & Dayang Norjihan.
Yang sik ramei orang tauk, setiap malam sebelum tidur, abg jo biasanya makan sebiji kurma. Mungkin ya rahsia awet muda nya.
Abg jo suka makan di rumah, ayam masak merah, ikan asam pedas, daging masak kicap, semua Datin yang masak. Steady nak.
Belajar & Kerja
Abg Jo Sekolah di Merpati Jepang, menengah di St Joseph, lepas ya pergi University Brunnel London ambik business.
Balit Malaysia, sik terus masuk politik, kerja dengan sidak MAS nya dolok di bahagian korporat.
Lepas ya, ambik cuti belajar, sambung MBA.
Nang Rajin bah.
Karier Politik
Masuk politik pada taun 1977. Lepas ya min pun lahir 1978.(masuk juak tek 🤣)
Tahun 1981, bertanding di DUN Satok, menang dan menang lagik 9 penggal berturut-turut.
Power juak nak.
Pernah pegang macam-macam jawatan:
• Setiausaha Politik KM
• Menteri Muda Wilayah
• Menteri Pertanian
• Naib Presiden PBB bertahun-tahun
• Menteri Perumahan
• Menteri Pelancongan
Pendek kata, lamak dah nya berkhidmat dengan Sarawak.
Penutup – Orang Sarawak, Jiwa Sarawak
Tok lah sikit pasal Abg Jo, Ketua Menteri Sarawak ke-6. Orang kampung, orang biasa, tapi jiwa besar. Dari Sungai Bintangor sampai ke Wisma Bapa Malaysia,perjalanan yang panjang.
Semoga terus bawak Sarawak ke hadapan.

