Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Sarawak berjaya nangkap empat orang suspect dalam dua serbuan berasingan pada 18 & 19 November 2025 di Kuching.
Serbuan Pertama (18 Nov 2025)
Polis nangkap sorang lelaki (38 thn) dengan sorang perempuan (26 thn) di tepi Jalan Pan Borneo.
Pemeriksaan nemu:
• 2 paket Methamphetamine (jumlah 7.02 gram, nilai RM772)
Keduak-duak suspect positif Amphetamine & Methamphetamine dan masing-masing ada 1 rekod jenayah lampau.
Kes disiasat bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952. Suspect direman 2 hari.Serbuan Keduak (19 Nov 2025)Dua lelaki tempatan (33 & 41 thn) ditangkap di kawasan Jalan Tun Jugah.
Polis nemu:
• 1 bungkusan plastik berisi Methamphetamine seberat 1059.10 gram (nilai RM40,245.80)
Suspect pertama negatif dadah, suspect kedua positif.
Rekod: sorang tiada rekod, sorang ada 4 rekod jenayah lampau.
Kes disiasat bawah Seksyen 39B ADB 1952, hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup jika sabit.
Polis Diraja Malaysia tetap tegas ngelawan pengedaran dadah.
Orang awam boleh salur maklumat melalui Hotline JSJN 012-2087222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak 017-592 9211





