Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-8, lahir pada 1 Februari 1946 di Kampung Pendam, Sadong Jaya, sebuah kampung pesisir yang waktu ya masih bergantung penuh pada kegiatan laut, sungai, serta ekonomi kampung tradisional.
Awal Kehidupan & Pendidikan
Sejak kecik, Wan Junaidi dibesarkan dalam suasana kampung yang sederhana. Pendidikan awal ditekankan keluarga, lalu nya melanjutkan persekolahan sehingga berjaya menyambung ke peringkat lebih tinggi dalam bidang berkaitan undang-undang serta pentadbiran keselamatan.
Kerjaya Awal: Polis & PDRM
Beliau memulakan kerjaya sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dalam perkhidmatan ya, Wan Junaidi pernah terlibat dalam operasi keselamatan penting semasa era ancaman komunis, lalu nya dikenali sebagai pegawai yang tegas, berdisiplin serta cekap dalam tugas lapangan.
Peralihan ke Bidang Politik
Selepas tamat perkhidmatan dalam polis, Wan Junaidi masuk ke dunia politik dan menjadi Ahli Parlimen Santubong selama beberapa penggal. Sepanjang kerjaya politik, beliau pernah menyandang pelbagai jawatan penting peringkat Persekutuan, antaranya:
Timbalan Menteri Dalam Negeri
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang & Parlimen)
Speaker Dewan Negara
Gaya kepimpinan beliau dikenali sebagai berpandukan undang-undang, berhati-hati dalam hal pentadbiran serta sentiasa mengutamakan kepentingan Sarawak dalam kerangka Persekutuan.
Pelantikan sebagai TYT Sarawak
Pada 29 Januari 2024, Wan Junaidi secara rasmi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-8. Dengan pengalaman puluhan tahun dalam keselamatan, undang-undang, perkhidmatan awam dan politik, pelantikan tok dianggap tepat bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan Sarawak yang stabil, harmoni serta berwibawa.
Dari seorang anak kampung di Kampung Pendam, Sadong Jaya, Wan Junaidi kini memegang jawatan tertinggi dalam hierarki negeri. Perjalanan hidupnya mencerminkan nilai disiplin, kesetiaan serta perjuangan panjang dalam membangunkan negeri dan negara.

