Laut sarawak hak sarawak, sik boh nak mempertikaikan fakta.
Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg madah Kerajaan Persekutuan sik ada hak milik atas dasar laut, bawah tanah Sarawak atau pelantar benuanya.
Menurut nya, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta Akta Malaysia United Kingdom 1963 sik pernah meletak hak tanah dalam pelantar benua di sempadan Sarawak sebagai milik Persekutuan.
Premier madah,
“Kamek ngulangi sekali agik, hak Sarawak sik boleh dipisah atas bahagian pelantar benua dalam wilayah negeri tok dan sik boleh dirunding. Dasar laut serta bawah tanah Sarawak, ikut Kanun Tanah 1958, sudah jadi hak Kerajaan Sarawak sejak Hari Malaysia 1963.”
Dalam ucapan penggulungan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, nya nerang, sempadan Sarawak dilindungi di bawah Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan, sik boleh diubah tanpa persetujuan DUN.
Premier nambah, Akta Pelantar Benua (Pindaan) 2009 jelas masti hak negeri atas dasar laut serta bawah tanah dalam sempadan Sarawak, sereta menjelaskan undang-undang Persekutuan dengan kedaulatan Sarawak.
“Sarawak tetap menegaskan tuntutan atas minyak serta gas dalam wilayahnya nya berasas, munasabah, sereta sudah dipraktik sejak zaman pemerintahan British sampei lepas merdeka.
Sik ada sesiapa layak mempertikaikan hak Sarawak hak atas pelantar benua dalam sempadannya. Perkara tok udah jelas terpandang dalam Perkara 47(2) Perlembagaan Negeri Sarawak, ke dilampir dalam MA63.”
Nya nambah, mun ada pihak cuba mempertikaikan hak ya, nya bukan sahaja bertentangan dengan MA63, malah melanggar Perlembagaan Negeri serta Persekutuan.
Premier madah, Sarawak tetap ada kuasa perundangan atas sumbernya melalui Ordinan Perlombongan Minyak 1958 serta Ordinan Pengagihan Gas 2016.
Sebab ya, setiap entiti yang terlibat dalam penerokaan atau pengekstrakan sumber wajib ikut undang-undang Sarawak, sama ada di darat atau di pelantar benua.
“Hak Kerajaan Sarawak untuk masti kan undang-undang negeri dipatuhi sik boleh dipersoal. Kuasa perundangan Sarawak udah jelas terpampang dalam Perlembagaan Persekutuan sik boleh diceroboh.”
Premier ngabis dengan madah, hak kedaulatan Sarawak atas tanah, sumber serta pelantar benua terpampang dalam MA63, Perlembagaan Negeri serta Perlembagaan Persekutuan, ianya udah dilaksana konsisten sejak dolok gik.
“Sarawak tetap tegas mempertahankan haknya dan sik boleh dipisah, serta masti kan undang-undang negeri dipatuhi demi kedaulatan wilayah serta kawalan penuh atas sumber negeri.”

