Sejarah rosli dhobi

Sejarah Rosli Dhobi Pahlawan Sarawak

Hari tok genap 76 taun lalu, peristiwa besa’ dalam sejarah Sarawak berlaku, masa pejuang bangsa, Rosli Dhobi, menikam Gabenor Sarawak, Sir Duncan Stewart.

Dolok, lepas Charles Vyner Brooke nyerah Sarawak dgn kerajaan Koloni British pada 1 Julai 1946 tanpa runding ngan rakyat, bangkit Gerakan Anti-Penyerahan di semua pelusuk negeri.

Gerakan tok makin dikekang British sampei banyak pemimpin rakyat ditangkap serta diugut.

Di Sibu, anak-anak mudak mula bangkit ngubah nasib. Lalu tertubuh lah satu kumpulan rahsia nama Rukun 13, matlamatnya terang-terang, munuh Gabenor British Sarawak.

Sasaran asalnya Sir Charles Arden-Clarke, tapi nya dipindah ke Gold Coast, lalu diganti ngan Sir Duncan Stewart.

Rosli Dhobi, guru mudak anak jati Sibu, lahir 18 Mac 1932, udah aktif dalam perjuangan kemerdekaan dari awal. Bila Rukun 13 ditubuh, Rosli terus masuk pada Ogos 1948 lalu menawarkan dirik nya untuk misi yang dah diatur.

Pada 3 Disember 1949, Stewart turun ke Sibu untuk lawatan rasmi pertamanya. Rosli, Awang Rambli, Morshidi Sidek, serta Bujang Suntung udah ready di lokasi, yamar jadi pelajar.

Ariya Stewart habis periksa kawalan hormat, Morshidi purak-purak nahan Gabenor ya nak ambik gambar.

Pada detik ya lah Rosli menerjah masuk lalu nikam dada Stewart dengan pisok kelasi disalut racun asid urik.

Rosli & Morshidi ditangkap serta-merta, diembak ke Penjara Kuching. Awang Rambli & Bujang Suntung pun ditahan beberapa hari lekak ya.

Stewart diterbangkan ke Kuching, lepas ya ke Singapura untuk rawatan, tapi mati seminggu lepas ya.

Perbicaraan yang British molah waktu ya pun kita tauk nampak sik adil.

Akhirnya Rosli Dhobi, umur baruk 17 taun, serta rakan-rakan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Subuh 2 Mac 1950, semua empat pahlawan mudak tok menemui ajal di tali gantung lalu dikebumi dalam kawasan Penjara Kuching.

46 taun kemudian, pada 1 Mac 1996, jasad sidak dipindah ke Masjid Kampung Sibu, tempat nya digelar Makam Pahlawan Sarawak hingga kinek tok.

Rosli Dhobi ialah pahlawan mudak Sarawak ya bangkit menentang penjajahan British.

Pengorbanan ya kekal jadi lambang keberanian anak Sarawak. 🙏

roslidhobi #kisahroslidhobi

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *