Kinek, sapa² impian nak jadi influence, youtuber,paid review dan seangkatan dgn nya tok jalan paling senang daftar syarikat.
Percayak lah, bila semuanya rasmi, kerja ktk ktk licin, nak berdepan dgn LHDN kelak pun senang.
LANGKAH 1-Daftar Syarikat (Enterprise)
Pergi ke ezbiz.ssm.com.my, klik New User Registration, ikut jak arahan. Mudah jak.
Nama syarikat mungkin kenak try and error. Mun SSM nulak, adjust sikit nama ya.
Contoh: “Kuching City” ditolak cuba tukar ke“Kuching City Solutions”.
Mun dah berjaya daftar, download sijil SSM cepat-cepat. Lepas 90 hari, SSM akan padam. Mun dah ilang, kenak beli agik lah sijil tek di mydata-ssm.com.my.
LANGKAH 2-Daftar DOMAIN
Pergi ke namecheap.com untuk carik domain sesuai dgn hati ktk.
Contoh domain: kuchingcity.com
Mun mok domain .my, daftar di gbnetwork.my.
Contoh: kchcity.my
LANGKAH 3-Makei Email Rasmi Dengan Domain dirikpun.
Contoh email: contact@kuchingcity.com
Boleh pakei;
Google Workspace
GBNetwork Email Hosting
Ataupun email hosting lain
Bonus: Dah ada domain & email, cuba polah website rasmi pakei godaddy.
LANGKAH 4-Pakei Nombor Telefon Syarikat
Mun masih makei nombor personal, consider guna nombor proper macam: 082-XXXXXXX (RM8 jak sebulan )
Boleh daftar REDtone VOIP. Install app BizPhone, call masuk terus ke phone kitak.
LANGKAH 5-Polah COP SYARIKAT
Penting bila nak molah Invoice, DO, Quotation.
Order di printexpert.my. Engkah:
Nama Syarikat (SSM) — Kuching City
No. Daftar
Domain
Nombor telefon rasmi
LANGKAH 6-Bukak Akaun Bank Syarikat
Pergi bank yang senang dekat tempat kitak.
CIMB agak cerewet, AFFIN lebih mudah.
Bawa dokumen SSM + IC.
Polah online banking & debit card.
Sesetengah bank minta deposit RM500 – RM3,000.
Mun mok murah, Hong Leong Bank boleh jak buka akaun online,deposit RM50 jak.
LANGKAH 7-Pakei Cloud Accounting (BUKKU)
RM350 setahun, tapi berbaloi:
Polah invoice & quotation
Simpan rekod bayaran
Mudah urus e-Invoice
Senang track income & expenses
Link e-Invoice LHDN:
LANGKAH 8-Urusan CUKAI & ZAKAT
Lepas ada rekod BUKKU, senang nak kira zakat & cukai.
Zakat boleh bayar online.
Untuk cukai pendapatan, pakei mytax.hasil.gov.my
Tahun taksiran 2025, pilih borang e-B.
CARA MUDAH SEDIAKAN DATA UNTUK CUKAI
Polah invoice dalam sistem.
Simpan SEMUA resit,scan dan masuk ke Google Drive ikut bulan.
Download statement bank (personal & syarikat) tiap bulan.
Bila isi e-Filing kelak, boleh suruh AI macam ChatGPT nolong susun data.
MAKLUMAT WAJIB LETAK DALAM INVOICE
Nama Perniagaan (SSM): Kuching City
No. Pendaftaran
No. TIN
Email syarikat
No. telefon
Alamat
Nombor & tarikh invoice.
Nak di ajar min atas tok, mungkin ada yg terlepas. Tok hanya cara simple jak min ajar. Kali ktk org lebih terer dari min dalam bab tok.

