Seorang wanita di Maharashtra dengan adik iparnya ditahan polis lepas keduaknya ngakuk udah bunuh laki perempuan ya sebab takut hubungan sulit sidak terbongkar.
Mangsa, Parameshwar Ram Tayde dari kampung Somthana ditemu mati dalam guni yang dibuang ke dalam kolam Wala-Somthana pada pagi Khamis, lepas orang kampung nanggar guni terapung dalam kolam ya.
Bapa mangsa, Ram Natha, udah molah laporan polis sebelum polis nangkap bini mangsa, Manisha, serta adik lelaki mangsa, Gyaneshwar.
Pada mulanya tek, nya duak cuba ngelak jawab soalan, tapi akhir nya ngakuk udah bunuh Tayde lepas disoal siasat oleh polis.
Menurut polis, Manisha dengan Gyaneshwar ada hubungan sulit, lalu Tayde dianggap sebagai penghalang.
“Sidak nya duak merancang pembunuhan ya, lepas ya maluk palak serta muka Tayde makei kapak sampai mati.
“lepas habis, mayat ya dimasuk dalam guni, diikat ketat, lalu dibuang ke dalam kolam sambil ditambah batu sak mayat sik mudah timbul,” kata polis.

