Kelayakan Piala Asia: Jordan Mintah Mungkin Sik Dapat Sarung Jersi Harimau Malaya

Kelayakan Piala Asia: Jordan Mintah Mungkin Sik Dapat Sarung Jersi Harimau Malaya

Harapan peminat bolasepak kuching city FC mauk diat Jordan Mintah main belum kesampaian masa tok, dikhabarkan mungkin sik dapat diturunkan dalam aksi Kelayakan Piala Asia yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Sumber terdekat dengan skuad kebangsaan madah,status Mintah masih dalam penilaian pihak teknikal sebab isu kecergasan serta beberapa dokumen penting yang belum siap sepenuhnya.

Hal tok sekaligus jadi tanda tanyak kita semua, sama ada nya dapat atau sik menyarung jersi Harimau Malaya untuk perlawanan penting ya.

Jurulatih skuad kebangsaan pun masih ambik pendekatan berhati-hati, sambil molah penilaian akhir sebelum gumum senarai penuh pemain.

Jika Mintah sik sempat join, tok mungkin jadi satu kerugian besar, sebab gaya permainan serta pengalaman profesionalnya selalu dikira sebagai aset penting dalam jentera serangan.

Buat masa tok, peminat dimintak bersabar jak tunggu pengumuman rasmi dalam masa terdekat.

Sama-sama kita berharap mintak semua urusan Jordan Mintah dipermudahkan supaya dapat diturunkan sebagai senjata utama Harimau Malaya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *