Lelaki 59 Tahun Rugi RM2.2 Juta – Kena Tipu Pelaburan Saham Atas Talian Di Kuching

Lelaki 59 Tahun Rugi RM2.2 Juta – Kena Tipu Pelaburan Saham Atas Talian Di Kuching

KUCHING – Seorang lelaki tempatan berumur 59 tahun jadi mangsa penipuan pelaburan saham atas talian, lepas ditipu sindiket pelaburan sik wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Mangsa dilaporkan rugi sampei RM2,268,696.90.

Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching madah, kejadian ya berlaku pada 18 Ogos 2025 masa mangsa berada di rumah.

Nombor telefon mangsa udah dimasuk sidak ya dalam satu grup WhatsApp yang kononnya nya sorang jak melabur saham dan IPO atas nama MLK1.

Dari sitok lah, mangsa diarahkan muat turun sigek aplikasi bernama MLMA, kononnya aplikasi pelaburan saham yang boleh bagi untung besar.

Terpengaruh dengan janji manis, mangsa pun mula percaya lalu molah pembayaran masuk ke 11 akaun bank berbeza, secara berperingkat, dengan 22 kali pindahan duit secara atas talian.

Mangsa yang rasa dirik nya udah kenak tipu lepas gagal nak keluarkan duit keuntungan yang kononnya dipaparkan dalam akaun aplikasi pelaburan ya, jumlahnya sampai RM39 juta lebih.

Lepas sik dapat apa-apa, baruk mangsa sedar yang semua ya hanyalah helah sindiket penipuan.

Siasatan polis menunjukkan sindiket tok guna cara yang sama, iaitu yuruh mangsa percayak dengan pelaburan sik wujud, makei aplikasi palsu yang paparkan keuntungan supaya mangsa terus masukkan duitnya.

Dari 1 Januari sampei 12 November 2025, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kuching udah terima 100 kes dengan cara yang sama, dan jumlah keseluruhan kerugian dilaporkan mencecah RM22,980,339.38.

Kes tok disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, iaitu menipu dan memperdaya orang supaya menyerahkan harta.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan penjara antara satu hingga sepuluh tahun, disebat, serta dikenakan denda.

Polis merik nasihat orang ramai supaya berhati-hati dengan pelaburan atas talian yang janji untung cepat.

Sentiasa semak dolom latar belakang syarikat atau aplikasi sebelum masukkan duit.

Jangan mudah percaya dengan mesej, iklan atau tawaran pelaburan yang datang dari WhatsApp, Telegram, TikTok atau Facebook, terutama yang nampak “terlalu indah untuk jadi nyata”

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *