Penjawat Awam Di Tahan Ambil Gambar

Penjawat Awam Di Tahan Ambil Gambar

TEMERLOH:

Sorang penjawat awam ditahan lepas merakam video sorang perempuan tanpa kebenaran di Pekan Sehari Temerloh. Dalam telefon bimbit suspect, polis jumpa beberapa video curi mangsa serta gambar lucah.

Video penahanan suspect lelaki berumur 41 tahun, yang bekerja sebagai kerani, dikatakan berlaku pada 9 November lalu lalu tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron, berkata mangsa umur 33 tahun ya sedar perbuatan suspect sebelum lelaki ya ditahan dengan bantuan orang rami di pekan sehari ya.

Polis bergegas ke lokasi sebaik nerimak laporan, kemudian nangkap semula suspect serta merampas telefon bimbit miliknya.

Pemeriksaan lepas ya nemu beberapa video mangsa yang dirakam secara curi dalam galeri telefon suspect, selain beberapa video serta gambar lucah.

“Siasatan termasuk analisis kandungan telefon suspect masih berjalan. Suspect ditahan 24 jam sebelum dibebaskan, manakala kertas siasatan akan dirujuk ke pendakwa raya untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 509A Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan orang.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *