Taufan Super Fung Wong Melanda Filipina
Filipina baru-baru tok dilanda Taufan Super Fung Wong. Ketika ribut tok menyerang, menunjukkan angin kencang dan hujan lebat yang menyebabkan kerosakan serius di beberapa kawasan. Pokok tumbang, atap rumah rosak, dan beberapa jalan utama terputus akibat banjir dan serpihan yang dibawa angin.
Menurut laporan pihak berkuasa Filipina, Fung Wong tergolong dalam kategori super taufan dengan kelajuan angin mencecah sehingga 200 km/jam. Kawasan terjejas terutamanya bandar-bandar tepi laut, di mana penduduk telah diarahkan untuk berpindah ke tempat selamat bagi mengelak kemalangan atau kecederaan
Pihak berkuasa juga menasihatkan penduduk supaya menyimpan bekalan asas seperti air bersih, makanan, lampu suluh, dan ubat-ubatan. Mereka diingatkan untuk mengikuti arahan keselamatan dan tidak mengambil risiko dengan berada di kawasan terbuka semasa ribut.
Taufan Fung Wong sekali lagi menunjukkan bahawa bencana alam boleh berlaku tanpa amaran panjang. Video tok menjadi saksi betapa kuatnya alam dan pentingnya kita bersedia menghadapi keadaan darurat.
Dah macam tsunami dah.





