Sebab Kematian Jutawan Kripto Rusia

Sebab Kematian Jutawan Kripto Rusia

Kisah Jutawan Kripto Rusia, Roman Novak dan Isterinya, Anna

Pasangan jutawan kripto asal Rusia, Roman Novak bersama isterinya Anna, heboh diperkatakan lepas ditemu mayat keduanya di kawasan gurun Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Roman, atau nama sebenar ya Roman Aleksandrovich Yavorsky, asal dari St. Petersburg. Dolok, nya pernah disabit kes penipuan besar-besaran di Rusia, sampai dipenjara enam taun.

Lepas dibebas, nya pindah ke Dubai lalu mulakan projek kripto yang dinamakan Fintopio.

Projek ya kononnya ada kaitan dengan platform Telegram (TON), tapi rupa-rupanya banyak pihak madah ia sebenarnya skim tipu pelabur.

Gaya hidup Sidaknya duak suami isteri ya nang hidup mewah, ada kereta sport, jet peribadi, gambar gaya hidup glamor bertebaran di media sosial.

Tapi sekitar awal Oktober 2025, nya duak ya dilaporkan hilang di kawasan Hatta, dekat sempadan Oman, masa nak jumpa “pelabur besar”.

Beberapa minggu lepas ya, polis UAE jumpa mayat keduanya dalam kawasan gurun. Siasatan awal madah, nya duak ya kemungkinan besar diculik, diseksa, lalu dibunuh gara-gara perebutan duit pelaburan dan akses ke akaun kripto yang bernilai ratusan juta dolar.

Roman dilapor ada kaitan dengan beberapa pelabur kaya dari Rusia, China, serta Timur Tengah dan banyak antara sidaknya udah rugi besar lepas projek Fintopio “tutup kedei”.

Kini, pihak berkuasa Rusia pun udah buka siasatan khas, sebab ada kemungkinan pembunuhan tok dirancang oleh geng yang sama terlibat dalam skim penipuan kripto ya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *