Projek mega Trans Borneo Railway, jaringan rel yang bakal menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan, kini tok masih dalam fasa kajian kebolehlaksanaan yang dijalankan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Kajian tok bermula Jun 2025, ambik masa kira-kira 12 bulan, meliputi aspek teknikal, kos, manfaat ekonomi, operasi, serta keperluan kerjasama rentas negara. Hasil kajian ya kelak nentukan sama ada projek tok sesuai diteruskan atau sik.
Setakat tok, kerajaan Malaysia madah projek ya belum diberi kepada mana-mana syarikat, masih di peringkat cadangan.
Walaupun ada syarikat dari Brunei, Brunergy Utama, pernah ngusul rangkaian rel sepanjang lebih 1,600 km melibatkan Pontianak, Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Kota Kinabalu hingga ke Kalimantan Timur, namun semua masih bergantung kepada keputusan rasmi kerajaan tiga negara.
Projek tok besarpotensi nya untuk memperkuat pergerakan barang, pelancongan, serta jaringan pengangkutan Borneo.
Tapi pada masa sama, ia berdepan cabaran besar, kos berbilion ringgit, persetujuan rentas sempadan, teknikal landasan laju, serta penyelenggaraan jangka panjang.
Buat masa tok, Trans Borneo Railway masih sekadar kajian, belum pasti direalisasikan. Keputusan akhir bakal ditentukan lepas laporan penuh siap tahun depan.

